Jumaat, 7 Disember 2012

Kitaran Hidup Ayam






Telur : Ayam betina bertelur di dalam sarang. Dalam telur ada embrio. Embrio akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari. Ayam betina perlu memastikan telur – telurnya dipanaskan. Kulit telur yang keras melindungi embrio di dalamnya. Anak ayam mematuk kulit untuk menetas keluar. Ini boleh mengambil masa sehingga satu hari!.

Telur Ayam




Anak ayam : Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan biji benih, serangga, dan cacing. Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.



Anak Ayam

Ayam dewasa : Anak ayam membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Anak ayam betina membesar menjadi ayam betina. Anak ayam jantan membesar menjadi ayam jantan. Ayam betina kemudian akan bertelur.



Ayam Dewasa

Kitaran Hidup Lebah












Seperti mana beberapa jenis lebah eusosial yang lain, sesebuah koloni lazimnya terdiri daripada seekor ratu lebah iaitu lebah betina yang subur; beberapa ribu lebah jantan yang subur; dan ribuan lagi lebah pekerja betina yang mandul. Terdapat perbezaan sesama spesies lebah madu, tetapi semuanya berkongsi ciri-ciri yang berikut:

1. Setiap telur yang dikeluarkan masuk ke dalam sebiji sel dalam indung madu buatan lilin yang dibina dan diacu oleh lebah pekerja. Dengan menggunakan spermatekanya, ratu lebah boleh memilih untuk mensenyawakan telur yang dikeluarkannya, lazimnya bergantung pada kedudukan selnya. Lebah jantan keluar dari telur yang tidak disenyawakan dan oleh itu adalah haploid, sementara lebah betina (ratu dan pekerja) pula keluar dari telur yang disenyawakan dan oleh itu adalah diploid. Larva mula-mula disuap dengan jeli raja yang dihasilkan oleh lebah pekerja, kemudian beralih kepada madu dan debunga, kecuali seekor larva yang hanya disuap dengan jeli raja yang bakal menjadi ratu lebah. Larva ini menyalin kulit berkali-kali sebelum bertukar menjadi pupa.





Telur dan larva
2. Lebah pekerja yang muda membersihkan sarang sambil menyuap larva. Apabila kelenjar-kelenjarnya yang menghasilkan jeli raja semakin lemah dan mengecil, lebah pekerja beralih kepada kerja membuat sel indung. Apabila semakin lanjut usia, lebah pekerja memikul tugas-tugas lain dalam koloni seperti menerima nektar dan debunga dari lebah pencari mahupun menjaga keselamatan sarang. Kemudian lagi, lebah pekerja melakukan penerbangan orientasi yang sulung dan akhirnya meninggalkan sarangnya untuk menghabiskan saki-baki hayatnya sebagai pencari makanan.




Pupa lebah jantan
3. Lebah-lebah pekerja bekerjasama untuk mencari makanan dan melakukan suatu corak "tarian" (iaitu tarian lebah) untuk menukar maklumat tentang sumber makanan dengan satu sama lain; sungguhpun lain spesies lain tariannya, namun semua spesies Apis yang wujud tetap mempamerkan tabiat sebegini walau apa jua caranya. Jika sumbernya amat dekat dengan sarang, lebah madu juga boleh melakukan tarian yang tidak begitu khusus kepada mana-mana spesies iaitu "tarian bulatan".






Keluarnya seekor lebah hitam (Apis mellifera mellifera)
4. Lebah madu juga melakukan tarian ketar untuk merekrut lebah penerima untuk mengumpul nektar dari lebah pencari yang kembali.

5. Ratu lebah yang dara melakukan penerbangan mengawan sulungnya berjauhan dari koloni asalanya, lalu mengawan dengan berbilang ekor lebah jantan sebelum kembali. Lebah jantan ini mati ketika mengawan.

6. Koloni tidak ditubuhkan oleh seekor ratu lebah sahaja bagi kebanyakan jenis lebah, sebaliknya oleh kawanan lebah yang dikenali sebagai "kerumun", yang terdiri daripada seekor ratu lebah yang sudah mengawan dan sekawan besar lebah pekerja. Kerumun ini berpindah secara berduyun-duyun ke sebuah tapak sarang yang ditinjau oleh lebah pekerja terlebih dahulu. Sebaik sahaja tiba, kerumun lebah itu segera membina indung lilin yang baru lalu mula mengeram pelapis lebah pekerja. Pembinaan sarang sedemikian tidak terdapat pada mana-mana genus lebah maujud yang lain, namun terdapat beberapa jenis penyengat Vespidae yang juga membuat sarang baru secara berkerumun (apatah lagi melibatkan berbilang ratu). Begitu juga, lebah tukang membina sarang baru secara berkawanan lebah pekerja, tetapi sarang tersebut dibina sebelum ratu diiring ke tapak, maka kawanan lebah pekerja ini bukan "kerumun" yang sejati.

Khamis, 6 Disember 2012

Pepatung


Kitaran hidup Pepatung







Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik.


Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain.

Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.



Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung.



Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.

Kitaran Hidup Nyumak Aedes


Isnin, 26 November 2012

KITARAN HIDUP KATAK








Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untukmemastikan kemandirian hidup spesisnya.

Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapihanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.

Sel telur membahagi
Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.

Embrio
Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.










Peringkat 2

Berudu
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.


Peringkat 3

Berudu mula berubah
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.






Peringkat 4

Hampir menjadi katak
Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.




Peringkat Akhir

Katak

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru-paru , kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang.