LEMBARAN KERJA


Latihan Objektif



1) Apakah susunan yang BETUL bagi peringkat kitar hidup rama-rama?
     [A] Telur, Pupa, Rama-rama dewasa, Beluncas
     [B] Telur, Beluncas, Rama-rama dewasa. Pupa
     [C] Telur, Beluncas, Pupa, Rama-rama dewasa
     [D] Telur, Rama-rama dewasa, Beluncas, Pupa

(2) Dalam kitar hidup katak, berudu berkaki tinggal
     [A] di dalam air
     [B] di atas darat
     [C] di dalam air dan di atas darat
     [D] di celah-celah batu

(3) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti rama-rama?
          P   Katak              Q   Lebah           R   Lalat
     [A] P sahaja
     [B] P dan Q sahaja
     [C] P dan R sahaja
     [D] Q dan R sahaja

(4) Ibu ayam mengeram telur untuk
     [A] melindungi telur daripada dimakan musuh
     [B] memastikan telur sentiasa panas
     [C] melindungi telur daripada pecah
     [D] memastikan telur sentiasa segar

(5) Nyamuk Aedes bertelur di dalam
     [A] air bersih yang bertakung
     [B] air bersih yang mengalir ke sungai
     [C] air kotor yang bertakung
     [D] air kotor yang mengalir ke sungai

(6) Dalam kitar hidup, peringkat dewasa juga dikenali sebagai
     [A] peringkat induk
     [B] peringkat akhir
     [C] peringkat imago
     [D] peringkat dewasa

(7) Pernyataan yang manakah TEPAT mengenai kitar hidup katak.
     [A] kaki belakang berudu tumbuh dahulu
     [B] katak bertelur di atas permukaan air
     [C] kaki hadapan berudu tumbuh dahulu
     [D] katak menjaga anaknya selepas dilahirkan

(8) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti ayam?
          X    Itik             Y     Burung hantu                   Z     Lalat
     [A] X sahaja
     [B] X dan Y sahaja
     [C] Y dan Z sahaja
     [D] X dan Z sahaja

(9) Nyamuk Aedes dewasa boleh membawa penyakit
     [A] demam panas
     [B] cirit-birit
     [C] gatal pada kulit
     [D] demam denggi

(10) Apakah kepentingan kitar hidup kepada haiwan?
     [A] menjadikan haiwan lebih kuat
     [B] melindungi haiwan daripada bahaya
     [C] membolehkan haiwan bergerak lebih laju
     [D] mengelakkan haiwan pupus





KUIZ




1. Berapakah masa yang diambil oleh embrio untuk meninggalkan cengkerangnya?
            A. 31 hari                      B. 20 hari                 
            C. 21 hari                      D. 40 hari

2. Antara yang berikut yang manakah makanan berudu?
 A. Alga                        B. Serangga             
 C. Roti                         D. Biskut

3. Struktur yang melindungi dan mengelilingi telur katak ialah
 A. air                            B. jeli atau agar-agar       
 C. kulit keras                D. daun

4.  Proses kitaran hidup akan berlaku
            A. sekali sahaja             B. 10 kali                    
            C. berulang kali             D. 21 hari

5. Apakah fungsi ekor berudu?
A. bernafas                  B. mengembangkan paru-paru
C. makan                     D. berenang 

























3 ulasan: