Seperti mana beberapa jenis lebah eusosial yang
lain, sesebuah koloni lazimnya terdiri daripada seekor ratu lebah iaitu
lebah betina yang subur; beberapa ribu lebah jantan yang
subur; dan ribuan lagi lebah pekerja betina
yang mandul. Terdapat perbezaan sesama spesies lebah madu, tetapi semuanya
berkongsi ciri-ciri yang berikut:
1. Setiap telur yang dikeluarkan masuk ke dalam
sebiji sel dalam indung madu buatan
lilin yang dibina dan diacu oleh lebah pekerja. Dengan menggunakan spermatekanya,
ratu lebah boleh memilih untuk mensenyawakan telur yang dikeluarkannya,
lazimnya bergantung pada kedudukan selnya. Lebah jantan keluar dari telur yang
tidak disenyawakan dan oleh itu adalah haploid,
sementara lebah betina (ratu dan pekerja) pula keluar dari telur yang
disenyawakan dan oleh itu adalah diploid.
Larva mula-mula disuap dengan jeli raja yang
dihasilkan oleh lebah pekerja, kemudian beralih kepada madu dan debunga,
kecuali seekor larva yang hanya disuap dengan jeli raja yang bakal menjadi ratu
lebah. Larva ini menyalin kulit berkali-kali sebelum bertukar menjadi pupa.
Telur dan larva
2. Lebah pekerja yang muda membersihkan sarang
sambil menyuap larva. Apabila kelenjar-kelenjarnya yang menghasilkan jeli raja
semakin lemah dan mengecil, lebah pekerja beralih kepada kerja membuat sel
indung. Apabila semakin lanjut usia, lebah pekerja memikul tugas-tugas lain
dalam koloni seperti menerima nektar dan debunga dari lebah pencari mahupun
menjaga keselamatan sarang. Kemudian lagi, lebah pekerja melakukan penerbangan
orientasi yang sulung dan akhirnya meninggalkan sarangnya untuk menghabiskan
saki-baki hayatnya sebagai pencari makanan.
Pupa lebah jantan
3. Lebah-lebah pekerja bekerjasama untuk mencari
makanan dan melakukan suatu corak "tarian" (iaitu tarian lebah)
untuk menukar maklumat tentang sumber makanan dengan satu sama lain; sungguhpun
lain spesies lain tariannya, namun semua spesies Apis yang
wujud tetap mempamerkan tabiat sebegini walau apa jua caranya. Jika sumbernya
amat dekat dengan sarang, lebah madu juga boleh melakukan tarian yang tidak
begitu khusus kepada mana-mana spesies iaitu "tarian bulatan".
Keluarnya seekor lebah hitam (Apis
mellifera mellifera)
4. Lebah madu juga melakukan tarian ketar untuk
merekrut lebah penerima untuk mengumpul nektar dari lebah pencari yang kembali.
5. Ratu lebah yang dara melakukan penerbangan
mengawan sulungnya berjauhan dari koloni asalanya, lalu mengawan dengan
berbilang ekor lebah jantan sebelum kembali. Lebah jantan ini mati ketika
mengawan.
6. Koloni tidak ditubuhkan oleh seekor ratu
lebah sahaja bagi kebanyakan jenis lebah, sebaliknya oleh kawanan lebah yang
dikenali sebagai "kerumun",
yang terdiri daripada seekor ratu lebah yang sudah mengawan dan sekawan besar
lebah pekerja. Kerumun ini berpindah secara berduyun-duyun ke sebuah tapak
sarang yang ditinjau oleh lebah pekerja terlebih dahulu. Sebaik sahaja tiba,
kerumun lebah itu segera membina indung lilin yang baru lalu mula mengeram pelapis
lebah pekerja. Pembinaan sarang sedemikian tidak terdapat pada mana-mana genus
lebah maujud yang lain, namun terdapat beberapa jenis penyengat Vespidae yang
juga membuat sarang baru secara berkerumun (apatah lagi melibatkan berbilang
ratu). Begitu juga, lebah tukang membina
sarang baru secara berkawanan lebah pekerja, tetapi sarang tersebut dibina
sebelum ratu diiring ke tapak, maka kawanan lebah pekerja ini bukan
"kerumun" yang sejati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan