Jumaat, 26 Oktober 2012

Kitaran Hidup Rama-rama



Kitaran Hidup Rama-rama


Telur
Telur adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus. Rama – rama betina bertelur pada daun dan batang tumbuhan, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.

Beluncas (larva)
Beluncas adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Beluncas  merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, larva menanggalkan kulitnya sebanyak empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.

Pupa (krisalis)
Pupa adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

Imago
Peringkat ini ialah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni dan merupakan peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa ini melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.





Mari kita menonton video yang berkaitan dengan kitaran hidup rama-rama.

1 ulasan: