Lebah Madu
Kitaran Hidup Lebah
Seperti mana beberapa jenis lebah eusosial yang
lain, sesebuah koloni lazimnya terdiri daripada seekor ratu lebah iaitu
lebah betina yang subur; beberapa ribu lebah jantan yang
subur;[13] dan ribuan lagi lebah pekerja betina
yang mandul. Terdapat perbezaan sesama spesies lebah madu, tetapi semuanya
berkongsi ciri-ciri yang berikut:
1. Setiap telur yang dikeluarkan masuk ke dalam
sebiji sel dalam indung madu buatan
lilin yang dibina dan diacu oleh lebah pekerja. Dengan menggunakan spermatekanya,
ratu lebah boleh memilih untuk mensenyawakan telur yang dikeluarkannya,
lazimnya bergantung pada kedudukan selnya. Lebah jantan keluar dari telur yang
tidak disenyawakan dan oleh itu adalah haploid,
sementara lebah betina (ratu dan pekerja) pula keluar dari telur yang
disenyawakan dan oleh itu adalah diploid.
Larva mula-mula disuap dengan jeli raja yang
dihasilkan oleh lebah pekerja, kemudian beralih kepada madu dan debunga,
kecuali seekor larva yang hanya disuap dengan jeli raja yang bakal menjadi ratu
lebah. Larva ini menyalin kulit berkali-kali sebelum bertukar menjadi pupa.
Telur dan larva
2. Lebah pekerja yang muda membersihkan sarang
sambil menyuap larva. Apabila kelenjar-kelenjarnya yang menghasilkan jeli raja
semakin lemah dan mengecil, lebah pekerja beralih kepada kerja membuat sel
indung. Apabila semakin lanjut usia, lebah pekerja memikul tugas-tugas lain
dalam koloni seperti menerima nektar dan debunga dari lebah pencari mahupun
menjaga keselamatan sarang. Kemudian lagi, lebah pekerja melakukan penerbangan
orientasi yang sulung dan akhirnya meninggalkan sarangnya untuk menghabiskan
saki-baki hayatnya sebagai pencari makanan.
Pupa lebah jantan
3. Lebah-lebah pekerja bekerjasama untuk mencari
makanan dan melakukan suatu corak "tarian" (iaitu tarian lebah)
untuk menukar maklumat tentang sumber makanan dengan satu sama lain; sungguhpun
lain spesies lain tariannya, namun semua spesies Apis yang
wujud tetap mempamerkan tabiat sebegini walau apa jua caranya. Jika sumbernya
amat dekat dengan sarang, lebah madu juga boleh melakukan tarian yang tidak
begitu khusus kepada mana-mana spesies iaitu "tarian bulatan".
Keluarnya seekor lebah hitam (Apis
mellifera mellifera)
4. Lebah madu juga melakukan tarian ketar untuk
merekrut lebah penerima untuk mengumpul nektar dari lebah pencari yang kembali.
5. Ratu lebah yang dara melakukan penerbangan
mengawan sulungnya berjauhan dari koloni asalanya, lalu mengawan dengan
berbilang ekor lebah jantan sebelum kembali. Lebah jantan ini mati ketika
mengawan.
6. Koloni tidak ditubuhkan oleh seekor ratu
lebah sahaja bagi kebanyakan jenis lebah, sebaliknya oleh kawanan lebah yang
dikenali sebagai "kerumun",
yang terdiri daripada seekor ratu lebah yang sudah mengawan dan sekawan besar
lebah pekerja. Kerumun ini berpindah secara berduyun-duyun ke sebuah tapak
sarang yang ditinjau oleh lebah pekerja terlebih dahulu. Sebaik sahaja tiba,
kerumun lebah itu segera membina indung lilin yang baru lalu mula mengeram pelapis
lebah pekerja. Pembinaan sarang sedemikian tidak terdapat pada mana-mana genus
lebah maujud yang lain, namun terdapat beberapa jenis penyengat Vespidae yang
juga membuat sarang baru secara berkerumun (apatah lagi melibatkan berbilang
ratu). Begitu juga, lebah tukang membina
sarang baru secara berkawanan lebah pekerja, tetapi sarang tersebut dibina
sebelum ratu diiring ke tapak, maka kawanan lebah pekerja ini bukan
"kerumun" yang sejati.
Pepatung
Kitaran Hidup Pepatung
Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran
dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru.
Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur
dalam permukaan yang baik.
Telur
tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung
diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air,
menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau
vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain.
Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di
dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara
memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di
darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi
masih lembab.
Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh
mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya
mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia
untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau
tumbuhan terapung.
Keadaan
terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga
digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di
belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit
larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau
serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya
selama 4 bulan.
KITARAN HIDUP NYAMUK
Nyamuk Aedes
Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap;
nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu
ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkap nyamuk
mengambil masa sebulan.
Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok
('kelompok telur berbentuk rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur
halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air
yang mengalir amat perlahan.
Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva
(atau dipanggil jentik – jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang
terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahagian kecil bahan organik yang
terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali
sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil
sebagai pupa.
Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas
melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada
bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
Nyamuk
dewasa : Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit
terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu
sahaja.
Kitaran Hidup Katak
Katak
Katak menghasilkan
telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu
sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga
beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untukmemastikan kemandirian
hidup spesisnya.
Telur katak dilindungi
dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak
betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu
akan berkembang tetapihanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa.
Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan
memakan sebahagian telur tersebut.
Sel telur membahagi
Satu telur akan
membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan
seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.
Embrio
Sel yang membahagi
akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.
Peringkat 2
Berudu
Selepas 21 hari tempoh
perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan
dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan
membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari
hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada
tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.
Berudu mempunyai ekor
yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada
keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh
dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau
kawasan berair menjadi kering.
Peringkat
3
Berudu mula berubah
Selepas 5 minggu,
berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.
Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu
mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini,
berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia
berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan
haiwan yang reput.
Peringkat
4
Hampir menjadi katak
Lama – kelamaan,
berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula
melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru –
paru semakin menjalankan fungsinya.
Peringkat Akhir
Katak
Selepas 11 minggu, ia
telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru-paru , kaki dan
tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya
di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga
dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak
betina akan bertelur dan proses ini berulang.
Kitaran Hidup Rama-rama
Telur
Telur adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus. Rama – rama betina bertelur pada daun dan batang tumbuhan, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.
Beluncas (larva)
Beluncas adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Beluncas merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, larva menanggalkan kulitnya sebanyak empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.
Pupa (krisalis)
Pupa adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.
Imago
Peringkat ini ialah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni dan merupakan peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa ini melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.
Nota yang baik untuk membuat ulangkaji.
BalasPadamTerima kasih
PadamNota yang jelas. Teruskan usaha.
BalasPadam